Friday 27 April 2012

CATATAN PENGEMBARAAN KE CAMERON HIGHLAND


     Pengembaraan ini bermula pada 24-09-2009 hingga 25-09-2009 iaitu semasa saya berada di tingkatan enam oleh itu kami sekelas bersama guru mengembara Cameron highland selama 2 hari. Setelah kami beredar menaiki bas persiaran dari sekolah kami berhenti diperhentian Ipoh untuk berehat seketika dalam jam kira-kira pukul 4.00 petang.  Selepas itu kami semua menaiki bas dan meneruskan perjalanan ke Bukit Cameroh Higland yang terletak di Pahang. Antaranya aktiviti pertama kami merupakan bersinggah di kuil yang terletak di Cameron untuk bersembahyang agar memogakan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM yang akan diduduki tidak lama lagi.  Selepas kami sampai di kuil itu kami mengambil barangan keperluan kami dan turun dari bas berjalan menuju kearah kuil. Kedatangan kami disambut dengan mesra oleh pihak persatuan kuil itu. Selepas sampai di sana kami pergi mandi dahulu sebelum sembahyang di kuil tersebut. Selepas itu kami semua pergi sembahyang dan makan di ashramam tersebut yang disediakan oleh pihak persatuan kuil tersebut. Selepas itu kami semua bermalam di kuil tersebut. Dengan mengalaskan beg baju sebagai bantal untuk sehari tersebut. 


       
      Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi ….kami semua dibangunkan oleh cikgu kami yang bernama Puan Vigneswari dan masing-masing bangun dan pergi mandi untuk beredar dari kuil tersebut untuk sampai ke Tanah Rata Cameron highland dalam masa yang tercepat. Selepas semua selesai mandi dan sembahyang kami beredar dari kuil tersebut. Dalam masa 2 jam kami sampai di tanah rata yang sejuk diantara pukul 7.50 pagi. Pertama selepas sampai di situ kami pergi bersarapan dahalu bersama kawan-kawan dan cikgu di sebuah restoren di Cameron highland yang bernama Cameron Food Corner. Selepas selesai makan kami menaiki bas dan sampai di taman ros yang terbesar di Cameron Highland. Disana kami dapat meluangkan masa selama 2 jam tetapi kami tidak dapat melihat habis pelbagai jenis bunga ros.



      




           Kami setelah selesai melihat pelbagai jenis bunga kami saya juga berminat untuk membeli sepasu bunga ros Cameron yang harganya murah dan memilih warna bunga tersebut mengikut cita rasa tersendiri. Selepas membeli sedikit cenderamata di taman bunga tersebut kemudian kami diarahkan oleh cikgu kami dengan memberitahu bahawa masa tamat dan dikhendaki untuk menaiki bas untuk pergi ke taman sarang lebah yang berada sejauh 4 kilometer dari situ. Selepas menaiki bas kami memastikan bahawa rakan-rakan kami semua sudah menaiki bas ataupun belum. Selepas bas penuh kami beredar menuju ke taman sarang lebah……
              Setelah kami sampai di taman lebah kami memasuki taman lebah yang mempunyai beberapa jenis spiesis lebah yang tidak mengancam kepada orang yang dikunjungi. Oleh kami semua memberanikan diri dan berjalan menuju sarang-sarang lebah tersebut. Kami mendapat  tahu bahawa  beratus ribu lebah yang ditempatkan disitu. Mereka berkerjasama antara satu sama lain dalam mengumpul madu daripada bunga-bunga yang terdapat dalam taman tersebut. Dan terdapat juga sarang-sarang lebah yang terletak di dalam peti yang tertutup yang hanya boleh dibuka oleh pekerja yang kerja di taman tersebut. Setelah selesai melawat tempat tersebut kemudian kami beredar menaiki bas kecil untuk berkunjung ke Sungai Palas iaitu Bukit Teh. Kami menaiki bas kecil yang memuatkan 30 orang penumpang ke bukit tersebut. Memang seronok sekali semasa melihat pemandangan di bawah bukit yang kelihatan keci seumpama semut.




        




 Kami semua dibawa pergi untuk makan di sebuah kedai makan yang menjual pelbagai jenis juadah yang enak dan sedap. Kami mengambil masa makan tengah hari kami disitu dan berehat seketika sebelum beredar ke Bukit Teh. Selepas kami sampai di bukit tersebut kami diberi 1 jam untuk mengelilingi bukit teh itu dengan berjalan kaki. Oleh itu kami mengambil kesempatan tersebut untuk mengambil foto dan menyentuh helaian daun teh yang menjadi serbuk teh yang sedap rasanya. Selepas menaiki bukit teh dan mengelilinginya kami semua berasa penat oleh itu kami bersinggah di Tea Centre Sungai Palas untuk meminum teh dan membeli bungkusan teh untuk dibawa balik ke rumah.kerana kami dimaklumkan bahawa harga disitu murah dan produknya masih baru dan segar. Selepas kami habis membeli kami dibawa ke kilang memproses serbuk teh yang berada hampir dengan Tea Centre Sungai Palas di situ kami dijelaskan segala jenis proses yang dijalankan untuk menghasilkan serbuk teh oleh pekerja disitu. Selepas mencatat segala jenis proses kami memberi kesempatan untuk mengambil gambar memproses hasilan serbuk teh dan kilang tersebut.
  


   Setelah siap melawati Bukit Teh Sungai Palas kami beredar dari situ pukul 5.00 petang menaiki bas menuju  ke air terjun yang berada di Cameron highland. Selepas sampai di air terjun tersebut kami disuruh untuk mencuci kaki atau muka sahaja kerana cikgu kami dilarang sama sekali untuk kami mandi kerana kami harus bertolak dari Cameron highland menuju ke sekolah sebelum pukul 11 malam. Oleh itu kami hanya mengambil gambar dan menikmati suasana  air terjun yang aman dan sejuk itu. Selepas kami selesai mengambil gambar dan menikmati kecantikan semula jadi yang unik tersebut kami singgah di gerai-gerai berhampiran untuk membeli sedikit cenderamata untuk dibeli dan dibawa balik sebagai kenangan manis. Saya membeli pelbagai barang sayur, jagung, strawberi dan lain-lain lagi untuk dibawa balik ke rumah saya.





             


Setelah selesai membeli kami menaiki bas persiaran yang dinaiki dengan memastikan bahawa semua rakan sudah menaiki dan berpatah balik ke destinasi masing-masing dengan hati yang gembira. Kerana telah berkunjung ke banyak tempat yang menjadi destinasi pelancongan terkenal di Malaysia. Dan setelah sampai di perhentian Ipoh kami berehat ketika untuk makan.Setelah selesai makan kami pun kembali pulang ke destinasi masing-masing.....
..selamat tinggal Cameron Highland …

No comments:

Post a Comment