Sebelum
menginjak pada definisi perubahan iklim maka perlu diketahui istilah pemanasan
global. Pemanasan global adalah meningkatnya suhu rata-rata permukaan bumi
sebagai akibat meningkatkan jumlah emisi Gas Rumah Kaca di atmosfera. Menurut
Budianto (2000:195) dalam Rajaguguk, dan Ridwan (2001) perubahan iklim global
sebagai peristiwa naiknya intensitas kesan rumah kaca yang terjadi kerana
adanya gas dalam atmosfera yang menyerap sinar panas iaitu sinar infra merah
yang dipancarkan oleh bumi. Sedangkan Kementerian
Linkungan Hidup (2001) mendefinisikan iklim adalah berubahnya kondisi fizikal atmosfera
bumi antara lain suhu dan distribusi curah hujan yang membawa dampak luas
terhadap berbagai sektor kehidupan manusia. Perubahan fizikal ini tidak terjadi
hanya sesaat tetapi dalam kurun waktu yang panjang.
Manakala LAPAN (2002;1)
mendefinisikan perubahan iklim adalah perubahan rata-rata salah satu atau lebih
elemen cuaca pada suatu daerah tertentu. Sedangkan istilah perubahan iklim
skala global adalah perubahan iklim dengan acuan wilayah Bumi secara
keseluruhan. Manakala definisi yang umumnya diterima adalah berdasarkan pasal 1
Konvensi PBB mengenai Perubahan Iklim yang menyatakan :“Climate change means
a change of climate which is attributed directly or inderictly to human
activities that alters the composition of the global atmosphere and which is in
addition to natural climate variability observed over comparable time periods.”atau
diterjemahkan :“Perubahan iklim ialah berubahnya iklim yang diakibatkan
langsung atau tidak langsung oleh aktiviti manusia yang menyebabkan perubahan
komposisi atmosfera secara global dan selain itu juga berupa perubahan
variabilitas iklim alamiah yang teramati pada kurun waktu yang dapat
dibandingkan”.
PENGENALAN
Pemanasan global merupakan pemerhatian
terhadap peningkatan suhu atmosfera bumi dan lautan pada kebelakangan ini.
Sebuah model yang dihasilkan oleh Intergovernmental Panel on Climate Change
(IPCC) menganggarkan bahawa suhu global semakin meningkat 1.1 hingga 6.4 °C
(2.0 hingga 11.5 °F) antara tahun 1990 hingga 2100. Andaian ini dilakukan
berdasarkan anggaran yang dilakukan terhadap pembebasan gas rumah hijau pada
masa akan datang dan kepekaan perubahan suhu. Iaitu Purata suhu atmosfera dekat
permukaan secara global meningkat sebanyak 0.6 ± 0.2 °C (1.1 ±
0.4 °F) pada abad ke- 20. Oleh itu
terdapat banyak pendapat saintifik terhadap perubahan klimat yang berlaku
disebabakan oleh peningkatan kepekatan gas rumah hijau yang terhasil secara
antropogenik yang menyumbang ke arah pemanasan yang berlaku di permukaan dan
bahagian bawah atmosfera.
Pemanasan global merupakan satu isu yang
sangat serius di pesada dunia. Pemanasan global berhubung kait dengan suhu bumi
yang meningkat sebanyak dua darjah dan kawasanya berbeza mengikut benua dan
kawasan tertentu. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan di kawasan yang
tidak diliputi hutan lebih panas berbanding kawasan yang diliputi hutan.
Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 100 tahun sahaja ekoran daripada
kemusnahan hutan yang kian menjadi-jadi di seluruh dunia. Pemusnahan hutan
merupakan salah satu faktor yang menyumbang kearah pemanasan global yang
semakin membimbangkan semua pihak di seluruh dunia.
Gas rumah hijau selalunya dibebaskan akibat
aktiviti seperti pembakaran bahan api fosil, pembersihan hutan dan pertanian. Dan
peningkatan suhu global juga boleh menyebabkan proses perubahan lain seperti
peningkatan aras laut meningkat dalam suhu global yang boleh menyebabkan
perubahan yang lain, termasuk peningkatan aras laut , perubahan jumlah dan
bentuk-bentuk pemendapan. Melalui perubahan ini kita boleh menyatakan perubahan cuaca yang
berlaku secara ekstrem seperti banjir, puting beliung, gelombang panas dan juga
kemarau.
Namun kesedaran masyarakat dunia terhadap
kepentingan hutan masih lagi lemah. Mereka masih lagi lalai dan alpa, wang
ringgit menjadi matlamat utama yang menyebabkan tanpa mereka sedia ada.
Begitulah yang berlaku di Malaysia kini. Kejadian Tsunami 2004 dan banjir besar
di johor adalah pengajaran terbaik. Oleh yang demikian, kesedaran dalam
kalangan masyarakat terhadap pentingnya memelihara alam sekitar yang perlu
ditingkatkan. Oleh itu, sekolah menjadi salah satu cara utama untuk menangani
masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar penting
bagi meningkatkan kesedaran tentang alam sekitar. Pendidikan alam sekitar
membantu generasi masa hadapana untuk mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan
masa hadapan. Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas tetapi meminta
mereka bertindak secara betul dan tepat.
PUNCA PEMANASAN GLOBAL
Pemanasan global ialah keadaan alam
sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu
normal. Hal ini menyebabkan kita terasa panas walau pun pada waktu
malam.Keadaan ini berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh manusia
seperti penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka, pelepasan
asap kenderaan, penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan
lain-lain.Kesilapan manusia terhadap alam sekitar menyebabkan banyak kesan
negatif yang telah berlaku. Antara yang paling ketara ialah tahap pencairan
salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz
daratan semakin mengecil. Selain itu, berlakunya kejadian bencana alam seperti
kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan
nyawa dan kecederaan.Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca
utama pemanasan global ialah penipisan lapisan ozon akibat pelepasan gas
khususnya klorofluorokarbon (CFC).Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau
pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon,
kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba, hujan asid dan kesan rumah
hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global.
Mari
kita mengenal bagaimana setiap proses ini berlaku sehingga menyebabkan
berlakunya pemanasan global ini.
Ini
merupakan gambar yang menunjukan bahawa kawasan tersebut Jerebu ia boleh
mengurangkan jarak penglihatan manusia.Jerebu berlaku disebabkan terdapat
banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di
udara akibat aktiviti manusia dan aktivit semulajadi. Jerebu juga kebanyakan
terhasil daripada pelepasan asap daripada kenderaan yang melalui di lalu lintas
jalan raya. Secara jelas kita dapat lihat bahawa ramai kini di era moden ini
telah mula mengunakan kenderaan sendiri dengan adaya seorang memiliki sebuah
kereta. Oleh itu pelepasan asap daripada kereta dan motor meningkat dan
menyebabkan suasana sekeliling yang menjadi haba yang panas. Dan akibat
daripada pembakaran terbuka yang berleluasa kini juga menjadi punca penting
dalam menyebabakan jerebu kerana asap yang berlebihan ini mencemarkan suasana
yang biasa.
Penipisan
lapisan ozon membawa kebimbangan kepada dunia kerana ia juga antara satu punca
daripada pemanasan global yang meningkat kian. Antaranya Klorofluorokarbon
(CFC) merupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Gas CFC
terkandung dalam alat-alat seperti penyaman udara, aerosol dan peti sejuk.
Semasa CFC dibebaskan di atmosfera, klorin akan bertindak dengan ozon dan
membebaskan oksigen. Akibatnya, lapisan ozon semakin nipis.Penipisan lapisan
ini akan menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi.
Kesan rumah hijau adalah fenomena pemanasan bumi akibat banyak haba
terperangkap dalam lapisan atmosfera dan menghalang pembalikan semula bahang
dari bumi ke atmosfera. Haba dipantulkan semula ke bumi, atmosfera menyimpan
lebih banyak haba dan bumi menjadi semakin panas. Kesan rumah hijau terjadi
kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen
monoksida dan metana ke atmosfera.
Pulau
haba bandar merupakan fenomena atmosfera yang berkaitan dengan peningkatan suhu
yang tinggi di dalam kawasan bandar berbanding kawasan sekitarnya. Kawasan
bandar menjadi panas berbanding sekitarnya ia berlaku apabila pelepasan haba di
kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh
bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke
atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar.
HUJAN ASID
Hujan
asid merbahaya kepada kesihatan manusia terutamanya di kawasan perindustrian
seperti Petaling Jaya, kilang membebaskan asap yang mengandungi gas sulfur
dioksida dan nitrogen oksida. Tindak balas gas ini dengan wap air dalam udara
membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Apabila hujan, ia dikenali
sebagai hujan asid. Hujan asid boleh memusnahkan tumbuh tumbuhan, merosakkan
binaan, mencemarkan air dan mengancam hidupan air. Kesihatan manusia terjejas
akibat kesan secara langsung hujan asid.
Kemarau
menyebabkan tanah menjadi tandus dan gersang oleh kerana kegiatan manusia
menebang hutan secara berleluasa akan mengurangkan kawasan tumbuh-tumbuhan.
Kesannya, semakin kurang kelembapan dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan ke udara.
Udara yang kurang lembap tidak akan membawa hujan dan kemarau pun berlaku.
Apabila
berlakunya faktor-faktor di atas secara tidak langsung telah menyebabkan
berlakunya peningkatan suhu kepada bumi. Cuba lihat graf di bawah ini yang
menunjukkan suhu bumi yang semakin meingkat dengan cepat dari tahun ke tahun.
Trend
kenaikan suhu membimbangkan kita terhadap isu pemanasan global
KESAN
PEMANASAN GLOBAL
Bumi kini sedang mengalami “
demam panas” akibat pemanasan global yang turut membawa bersamanya iklim dunia
yang semakin kucar- kacir. Bagi kebanyakan orang, perunahan iklim dan pemanasan
global lebih banyak menggangu ekonomi berbanding dengan kesihatan diri. Walau
bagaimanapun, kesan pemanasan global jauh lebih mendalam dan akan meninggalkan
kesan kepada semua penduduk dunia. Mungkin juga ada antara kita yang melihat
mereka yang terbunuh akibat bencana alam seperti taufan, banjir dan cuaca panas
sebagai malang. Serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan
perangkaan bahawa sejak tahun 2000 seramai 800,00 mangsa terbunuh akibat
pencemaran udara setiap tahun di Asia Pasifik.
Pemanasan global
berpunca daripada pencemaran udara yang meningkatkan jumlah gas-gas karbon yang
turut dikenali sebagai gas rumah hijau di dalam atmosfera bumi. Haba matahari
yang pada kebiasaannya dapat dipantulkan ke permukaan bumi kembali ke angkasa
lepas kemudiannya terperangkap dan menyebabkan suhu bumi semakin meningkat.
Akibatnya, ais di kutub-kutub mula mencair dan meningkatkan paras air laut
sehingga menenggelamkan sesetengah pulau kecil dan menghakis permukaan tanah
besar. Peningkatan suhu juga akan menggalakkan pembiakan vektor seperti tikus,
nyamuk,kutu dan pepijat. Penyebaran vektor seperti nyamuk menyebabkan penyakit
seperti malaria, denggi dan demam kuning yang mula dicatatkan di Eropah dan
kawasan yang dahulunya beriklim sejuk. Sementara itu, tikus juga dilihat dapat
membiak dengan lebih mudah dalam cuaca panas dan lembab ini. Haiwan ini mampu
menyebarkan penyakit Leptopirosis dan Legionellosis yang disebarkan melalui
kuman yang ditinggalkan bersama urin atau najis tikus.
Selain itu, suhu
tinggi ini turut meninggalkan kesan pada aliran angin yang akan membawa kepada
pembentukan lebih banyak ribut taufan serta hujan monsun yang lebih teruk teruk
daripada biasa. Contoh terbaik mangsa perubahan cuaca dunia dapat dilihat dalam
gelombang haba di Eropah yang menyebabkan angka kematian meningkat sejak tahun
2000. Gelombang ‘kepanasan’ ini telah menyebabkan suhu ketika musim panas dan
musim sejuk di Eropah kini jauh lebih tinggi daripada kebiasaannya. Rakyat
Malaysia mungkin dapat menyesuaikan diri dengan suhu yang tinggi dan panas
terik memandangkan sudah biasa dengan iklim tropika bak kata pepatah 'alah bisa tegal biasa'.
Walau bagaimanapun, penduduk
yang biasa hidup dengan iklim sejuk mungkin tidak dapat menyesuaikan diri dan
kini mencatatkan peningkatan kematian akibat strok haba. Strok haba akan menyebabkan
kegagalan semua organ badan berfungsi, sama seperti yang berlaku kepada pesakit
demam panas. Begitu juga dengan penyakit pneumonia atau radang paru-paru yang
berpunca daripada penyebaran meluas bakteria yang menyerang paru-paru berikutan
cuaca panas dan lembap serta beberapa faktor lain. Sesetengah kawasan turut
berhadapan dengan masalah dehidrasi yang teruk berikutan kemarau panjang yang
berpunca daripada gelombang panas dan peningkatan paras air laut yang mencemari
sumber air tawar dengan air masin dari laut.
Ketika banjir, tahap kebersihan amat sukar
untuk dijaga terutama kebersihan air. Kesukaran untuk mendapatkan bekalan air
bersih akan mendedahkan orang rami kepada air yang dicemari pelbagai jenis
kuman. Kesihatan diri sudah pasti akan terancam jika air tercemar digunakan
segai air minuman, memasak, membasuh atau membersihkan diri. Bilangan kes
cirit-birit , disentri dan pelbagai penyakit bawaan air dilihat meningkat
dengan mendadak ketika musim banjir. Situasi ini diburukkan lagi dengan
peningkatan kes bawaan nyamuk akibat pembiakan nyamuk di dalam tompokan air
bertakung yang ditinggalkan arus banjir. Takungan air ini menjadi tempat
strategik untuk kuman yang pantas membiak kerana mendapat bekalan makanan yang
cukup dari tumbuhan dan bangkai haiwan yang mereput.
Masalah ini juga memberi kesan
yang buruk kepada mereka yang gemar bersenam dan beriadah di luar. Hal ini
demikian kerana gas rumah hijau seperti karbon monoksida kini semakin banyak
dalam udara terutamanya di kawasan bandar dan kawasan yang mempunyai bilangan
kenderaan yang banyak. Apabila gas ini disedut terlalu banyak, ketika bersenam
atau beriadah, menyebabkan kandungan oksigen darah jatuh mendadak dan kandungan
gas karbon monoksida yang banyak boleh memberi kesan kepada badan dan jantung.
CARA MENGATASI PEMANASAN GLOBAL
Membatasi emisi CO2
Teknik yang efektif untuk membatasi emisi karbon ada dua yakni mengganti tenaga minyak dengan sumber tenaga lainya yang tidak menemisikan karbon dan yang kedua penggunaan tenaga minyak sehemmat mungkin. Energi alternatif yang dapat digunakan diantaranya angin, sinar matahari, tenaga nuklier, dan panas bumi. Kincir angin dapat merubah tenaga angin menjadi tenaga listrik. Sinar matahari juga dapat diubah menjadi tenaga listrik atau sumber panas yang biasa dimanfaatkan seperti pemanas air dan kompor matahari.
tenaga panas bumi biasa dimaanfaatkan untuk pembangkit tenaga listrik. sumber tenaga alternatif memang lebih mahal dibanding tenaga minyak namun penelitian lebih lanjut akan membantu untuk lebih menekan biaya.
Penggunan minyak bumi secara efisien
Emisi CO2 dapat dikurangi jika mobil-mobil nisa hemat bahan bakar. para ilmuwan dan insinyur telah bekerja untuk menciptakan mesin yang hemat bahan bakar. Penemuan-penemuan telah mengembangkan alat untuk menggantikan mesin pembakaran atau mesin yang lebih kecil. sebuah mobil dengan tenaga bateri listrik telah memasuki pasar, tetapi masih dilengkapi dengan mesin kecil berbahan bakar minyak. bahan bakar sel yakni sebuah alat yang mampu merubah energi kimia menjadi energi listrik biasa dikembangkan untuk mobil-mobil di masa depan. menyembunyikan karbon dapat dilakukan dengan cara iaitu:
1-Di bawah tanah atau penyimpanan air tanah
Bawah tanah atau air bawah tanah biasa digunakan untuk menyuntikkan emisi CO2 ke dalam lapisan bumi atau ke dalam lautan. Lapisan bumi yang dapat digunakan adalah penyimpanan alami minyak dan gas bumi di tambang-tambang minyak. Dengan memompakan CO2 ke dalam tempat-tempat penyimpanan minyak di perut bumi akan membantu mempermudah pengambilan minyak atau gas yang masih tersisa. Hal ini biasa menutupi biaya penyembunyian karbon. Lapisan garam dan batubara yang dalam juga bisa menyembunyikan karbon dioksida. Lautan juga dapat menyimpan banyak karbon dioksida, tetapi para ilmuwan belum dapat menetapkan pengaruhnya terhadap linkungan hidup di dalam laut.
2- Penyimpanan di dalam
tanaman hidup
Tumbuhan hijau menyerap Co2 dari
udara untuk tumbuh. Kombinasi karbon dari CO2 dengan hidrogen diperlukan untuk
membentuk gula sederhana yang disimpan di dalam jaringan. Setelah tanaman mati
maka tubuhnya akan terurai dan melepaskan CO2. Ekosistem dengan tumbuh-tumbuhan
yang berlimpah seperti hutan atau perkebunan dapat menahan lebih banyak karbon,
tetapi generasi manusia yang akan datang harus tetap menjaga ekosistem agar
tetap utuh, jika tidak maka karbon yang disimpan dalam tanaman akan lepas
kembali ke atmosfera.
KESIMPULAN
Tanggungjawab memulihara
alam sekitar perlu dipikul oleh semua penduduk dunia dan tidak sepatutnya
dibiarkan kepada kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan dunia semata-mata bak kata
pepatah 'yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul'. Rakyat
turut memainkan peranan penting dengan mengambil berat akan kesejahteraan
sejagat dan tidak hanya mementingkan kemajuan sendiri tanpa mengambil kira
akibat kerakusan mengejar kekayaan dunia kerana 'sikap tamak membawa
kerugian'. Marilah kita
sama-sama menginsafi diri kerana hanya bumi ini sajalah tempat tinggal kita.
Tiada lagi planet lain yang boleh kita jadikan ganti selain bumi. Hargailah
pemberian tuhan yang maha esa yang paling bermakna ini. Janganlah kita
cemarinya lagi dan jangan sampai anak cucu kita menyalahkan kita disebabkan
kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini.
Walaupun hanya dengan sumbangan kecil seperti tidak membuat pembakaran terbuka
dan mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor oleh sebanyak mungkin individu,
setidak-tidaknya kita dapat membantu mengawal pemanasan global. Sayangi dan
cintailah bumi kita demi kesejahteraan dan keharmonian kehidupan generasi akan
datang.
.