Friday, 27 April 2012

CATATAN EVENT PERKAHWINAN SAYA


       (14-07-2010) Tarikn ini merupakan Hari  Perkahwinan aku dengan suami tersayang saya yang bernama Chandrasegaran setelah bercinta selama tempoh 8 tahun kami diizinkan oleh ahli keluarga kami untuk berkahwin dan mendirikan rumah tangga yang bahagia dengan sah di hadapan ramai tetamu dan saudara-mara. Perkara tersebut, merupakan hari yang sangat penting dalam hidupku kerana memegang tangan suamiku dengan sah. Hidupku dipenuhi dengan berbagai-bagai warna-warni dalam majlis perkahwinan saya dari hari tunang, hari perkahwinan dan hari jamuan perkahwinan dalam kehidupan saya ini.
         Selepas ahli keluarga saya dan suami saya berbincang untuk menganjurkan majlis perkahwinan, kami disuruh untuk memohon perkahwinan kami secara rasmi di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Kuala Langat Banting dahalu . Selepas mendaftar kami diberi tarikh untuk datang mengangkat sumpah sebagai suami isteri yang sah di sisi undang-undang bersama ibu bapa masing-masing. Pada hari tersebut iaitu (10-05-2010) saya dan suami saya mengangkat sumpah sebagai suami isteri yang sah dan meletak tandatangan di dokumen daftar perkahwinan di hadapan pegawai setelah itu kami bertukar cincin dan mengambil sedikit foto sebagai kenangan bersama saudara yang mengunjungi event perkahwinan daftar tersebut.  Selepas itu kami mengadakan jamuan kecil kepada saudara yang hadir di restoren ( KFC).
 
           Selepas dua bulan perkahwianan daftar tarikh perkahwinan kami mengikut istiadat kaum india di kuil dilangsungkan pada (14-07-2010)  pada hari rabu pagi pukul 5.30 am di kuil Sri Maha Mariaman, Banting. Sehari sebelum hari perkahwinan tersebut pada malam selasa saya ditunangkan bersama suami saya dengan menghadiahkan saree tunang dan barangan kemas daripada pihak suami saya seperti bapa mertua, mak mertua dan saudara mara pada malam tersebut mengikut adat kaum india.  Saya diberikan saree berwarna biru dan meminta secara formal dengan ibu dan bapa saya bahawa perkahwinan ini disetujui dengan hati yang terbuka ataupun tidak. Maka pada malam tersebut selesai pertunangan mereka memberikan barangan serta makan dan beredar dengan menyatakan keesokan hari perkahwinan agar berjalan lancar dengan kurniaan tuhan.
          Keesokan hari pada (14-07-2010) hari sabtu pada 5.30am majlis perkahwinan bermula dengan seawal pagi itu saya telah disolek dan dipakaikan saree yang dihadiahkan itu untuk pergi ke kuil untuk menyembah tuhan mengikut adat kaum india. Saya kemudian dijemput oleh pengapit dari sebelah suami saya untuk pergi ke kuil. Saya menaiki kereta Estima yang telah dihias menuju ke kuil untuk saat yang terindah tersebut. Saya kelihatan berbeza pada hari tersebut dalam rupa pengantin yang cantik dan paling gembira pada hari itu. Selepas sampai dikuil saya dijemput untuk duduk dipelamin untuk memuja tuhan mengikut pusari berhadapan saudara mara. Selepas itu saya diberi saree perkahwinan untuk ditukar sementara suami saya memuja tuhan mengikut kata pusari. Selepas itu kami berdua memuja tuhan dan dikhendaki mencuci kaki ibu bapa masing-masing. Dan ibu bapa masing-masing dikhendaki menukar dulang pinang dihadapi kami sementara menunggu masa untuk mengikat thali di leher saya. Setelah sampai masa, pusari membacakan kata pujaan untuk suami saya mengikat thali di leher saya pada waktu itu para hadirin membuang beras kunyit kearah kami dengan niat mengucap kami.
           Selepas selesai majlis ikat thali oleh suami saya, kami diarahkan untuk menukar kalungan bunga masing-masing agar ia merupakan satu tradisi kaum india. Selepas itu kami mengelilingi api dengan menyembah bahawa talian perkahwinan ini erat hingga ke akhir hayat kami. Setelah selesai jari kaki saya disarungkan cincin oleh suami saya mengikuti tradisi nya. Dan kami menyembah tuhan dan mengambil foto dengan saudara-saudari yang hadir pada majlis perkahwinan kami pada hari tersebut. Selesai itu semua para hadirin diberi jamuan makanan yang sedap dengan berserta buah tangan yang disertakan manisan laddoo.
          Selepas selesai majlis perkahwinan saya pada hari sabtunya (17-05-2010) majlis jamuan perkahwinan saya diadakan di Day And Day Restoren Hall, Jenjarom Banting. Pada hari tersebut saya memakai gaun berwarna pink dan bersama suami saya dijemput oleh ahli keluarga kami untuk pergi ke hall. Di sana selepas kami sampai kami membuat perarakan di depan tetamu dan saudara yang hadir dan memotong kek. Selepas selesai kami diberikan pelbagai hadiah oleh tetamu yang hadirin. Pada hari tersebut kami menyediakan pelbagai jenis makanan seafood yang menandakan ucapan terima kasih kepada para hadirin untuk majlis jamuan perkahwinan kami. Dan kami mengambil gambar bersama tetamu hadirin dan menghadiakan buah tangan kepada para hadirin.
 
Kehidupan yang banyak mengajar kita erti kedewasaan serta kehidupan juga penuhi dengan taman-taman yang keindahan serta onak dan duri. Kesemua liku-liku kehidupan ditempuhi bersama dan direntasi bersama serta kesemua kesenangan dikecapi bersama jua. Mudah-mudahan tuhan memberkati kehidupan kami terus-terusan dan mengizinkan agar kami dapat hidup bersama dalam ikatan kasih sayang yang berpanjangan sehingga ke akhir hayatnya.
Terima kasih...........


No comments:

Post a Comment