Friday, 27 April 2012

KOMEN ATAU ULASAN SAYA MENGENAI “ BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA”


            Baucar buku 1 Malaysia ini telah  diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen. Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar di Malaysia. Jika dilihat Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian pelajar yang kian kosnya tinggi mengikut jurusan masing-masing kerana kebanyakan bukunya ditulis oleh penulis daripada luar negara. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia yang sekarang sudah mengurangkan membaca kerana kos buku yang tinggi dalam era moden ini kerana mereka berfikir daripada beli buku lebih baik baca di internet yang bole mengunakan wireless.
                 Selain itu pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada warganegara Malaysia,  Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah, serta pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa tidak kira institusi kerajaan ataupun swasta. Saya juga selaku pelajar PJJ UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA telah layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.

                Baucar buku ini berupaya untuk mengurangkan beban ibu bapa dalam membiayai perbelajaan kos buku yang kian meningkat kini. Jika dilihat dengan pemberian baucar buku ini kepada pelajar mereka dapat membeli buku ataupun barangan seperti alat tulis untuk mengunakan dalam pembelajaran mereka. Dan dengan ini juga mereka tidak dapat tetapi daripada segala bentuk halangan dalam pembelajaran mereka kerana tidak dapat membeli akibat tidak berupaya ibu bapa juga tidak perlu untuk bersusah payah membuat lebihan hari kerja demi membiayai perbelajaan kos buku yang tinggi tanpa mejaga kesihatan mereka demi kehidupan anak mereka.

               Baucar buku ini perlu digunakan dengan berguna dengan membeli buku mengikut keperluan mereka daripada membazirkan dengan membeli buku yang tidak berguna. Kerana baucar ini satu-satunya peruntukan yang diberikan kepada pelajar dengan beranggapan untuk meningkatkan lagi pencapaian yang terbaik dalam pengajian mereka untuk membina modal insan yang berpendidikan. Kita perlu mengunakan baucar ini dengan bijak kerana nilainya besar dan memang kena gunakan dengan teliti agar ia merupakan hadiah daripada kerajaan hanya untuk pelajar sahaja.

                 Baucar ini perlu digunakan dengan sebaiknya dengan tidak tertipu dengan niat penjual buku yang ingin mengaut untung membeli barangan atau benda yang tidak guna dengan hasrat untuk menghabiskan baucar tersebut tanpa berfikir apa yang tersirat di sebaliknya dan jika dilihat remaja pada zaman ini amat bertuah kerana kerajaan memperuntukan segala peluang dalam bidang pendidikan bagi anak Malaysia meningkatkan tahap untuk mendapatkan ilmu mereka di peringkat yang tiggi tanpa mengira kosnya.
                       Pelajar juga dapat mengikut jurusan mereka tanpa sebarang jenis halangan kerana peruntukan diberikan seperti baucar ini dapat digunakan untuk membeli buku semahal manapun. Pelajar juga tidak perlu risau dengan kos perbelajaan untuk membeli buku yang tinggi ini contohnya buku rujukan, kerana dapat membeli dengan mengunakan baucar buku ini. Serta baucar buku ini juga memberi keuntungan kepada pemilik kedai buku kerana mungkin selama ini pelajar kurang membeli buku tetapi dengan penggunaan baucar buku ini mereka dapat meningkatkan pembelian buku. Ini juga memupuk ekonomi negara kita meningkat kerana pembelian barangan buku meningkat.  
      

No comments:

Post a Comment