Tuesday, 10 April 2012

ARTIKEL PEMANASAN GLOBAL


     Sebelum menginjak pada definisi perubahan iklim maka perlu diketahui istilah pemanasan global. Pemanasan global adalah meningkatnya suhu rata-rata permukaan bumi sebagai akibat meningkatkan jumlah emisi Gas Rumah Kaca di atmosfera. Menurut Budianto (2000:195) dalam Rajaguguk, dan Ridwan (2001) perubahan iklim global sebagai peristiwa naiknya intensitas kesan rumah kaca yang terjadi kerana adanya gas dalam atmosfera yang menyerap sinar panas iaitu sinar infra merah yang dipancarkan oleh bumi. Sedangkan Kementerian Linkungan Hidup (2001) mendefinisikan iklim adalah berubahnya kondisi fizikal atmosfera bumi antara lain suhu dan distribusi curah hujan yang membawa dampak luas terhadap berbagai sektor kehidupan manusia. Perubahan fizikal ini tidak terjadi hanya sesaat tetapi dalam kurun waktu yang panjang.
            Manakala LAPAN (2002;1) mendefinisikan perubahan iklim adalah perubahan rata-rata salah satu atau lebih elemen cuaca pada suatu daerah tertentu. Sedangkan istilah perubahan iklim skala global adalah perubahan iklim dengan acuan wilayah Bumi secara keseluruhan. Manakala definisi yang umumnya diterima adalah berdasarkan pasal 1 Konvensi PBB mengenai Perubahan Iklim yang menyatakan :“Climate change means a change of climate which is attributed directly or inderictly to human activities that alters the composition of the global atmosphere and which is in addition to natural climate variability observed over comparable time periods.”atau diterjemahkan :“Perubahan iklim ialah berubahnya iklim yang diakibatkan langsung atau tidak langsung oleh aktiviti manusia yang menyebabkan perubahan komposisi atmosfera secara global dan selain itu juga berupa perubahan variabilitas iklim alamiah yang teramati pada kurun waktu yang dapat dibandingkan”.

PENGENALAN
         Pemanasan global merupakan pemerhatian terhadap peningkatan suhu atmosfera bumi dan lautan pada kebelakangan ini. Sebuah model yang dihasilkan oleh Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC) menganggarkan bahawa suhu global semakin meningkat 1.1 hingga 6.4 °C (2.0 hingga 11.5 °F) antara tahun 1990 hingga 2100. Andaian ini dilakukan berdasarkan anggaran yang dilakukan terhadap pembebasan gas rumah hijau pada masa akan datang dan kepekaan perubahan suhu. Iaitu Purata suhu atmosfera dekat permukaan secara global meningkat sebanyak 0.6 ± 0.2 °C (1.1 ± 0.4 °F) pada abad ke- 20.  Oleh itu terdapat banyak pendapat saintifik terhadap perubahan klimat yang berlaku disebabakan oleh peningkatan kepekatan gas rumah hijau yang terhasil secara antropogenik yang menyumbang ke arah pemanasan yang berlaku di permukaan dan bahagian bawah atmosfera.
           Pemanasan global merupakan satu isu yang sangat serius di pesada dunia. Pemanasan global berhubung kait dengan suhu bumi yang meningkat sebanyak dua darjah dan kawasanya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan di kawasan yang tidak diliputi hutan lebih panas berbanding kawasan yang diliputi hutan. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 100 tahun sahaja ekoran daripada kemusnahan hutan yang kian menjadi-jadi di seluruh dunia. Pemusnahan hutan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kearah pemanasan global yang semakin membimbangkan semua pihak di seluruh dunia.
              Gas rumah hijau selalunya dibebaskan akibat aktiviti seperti pembakaran bahan api fosil, pembersihan hutan dan pertanian. Dan peningkatan suhu global juga boleh menyebabkan proses perubahan lain seperti peningkatan aras laut meningkat dalam suhu global yang boleh menyebabkan perubahan yang lain, termasuk peningkatan aras laut , perubahan jumlah dan bentuk-bentuk pemendapan. Melalui perubahan ini  kita boleh menyatakan perubahan cuaca yang berlaku secara ekstrem seperti banjir, puting beliung, gelombang panas dan juga kemarau.
           Namun kesedaran masyarakat dunia terhadap kepentingan hutan masih lagi lemah. Mereka masih lagi lalai dan alpa, wang ringgit menjadi matlamat utama yang menyebabkan tanpa mereka sedia ada. Begitulah yang berlaku di Malaysia kini. Kejadian Tsunami 2004 dan banjir besar di johor adalah pengajaran terbaik. Oleh yang demikian, kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap pentingnya memelihara alam sekitar yang perlu ditingkatkan. Oleh itu, sekolah menjadi salah satu cara utama untuk menangani masalah yang berkaitan dengan alam sekitar. Pendidikan Alam Sekitar penting bagi meningkatkan kesedaran tentang alam sekitar. Pendidikan alam sekitar membantu generasi masa hadapana untuk mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan. Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat.
          
 PUNCA PEMANASAN GLOBAL
        Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang tinggi berbanding dengan suhu normal. Hal ini menyebabkan kita terasa panas walau pun pada waktu malam.Keadaan ini berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh manusia seperti penebangan hutan, aktiviti perindustrian, pembakaran terbuka, pelepasan asap kenderaan, penerokaan hutan untuk aktiviti pembangunan dan lain-lain.Kesilapan manusia terhadap alam sekitar menyebabkan banyak kesan negatif yang telah berlaku. Antara yang paling ketara ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Selain itu, berlakunya kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan.Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan global ialah penipisan lapisan ozon akibat pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon (CFC).Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor. Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba, hujan asid dan kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global.

Mari kita mengenal bagaimana setiap proses ini berlaku sehingga menyebabkan berlakunya pemanasan global ini.

JEREBU

          Ini merupakan gambar yang menunjukan bahawa kawasan tersebut Jerebu ia boleh mengurangkan jarak penglihatan manusia.Jerebu berlaku disebabkan terdapat banyak debu, asap, habuk dan bahan-bahan pencemar lain yang terapung-apung di udara akibat aktiviti manusia dan aktivit semulajadi. Jerebu juga kebanyakan terhasil daripada pelepasan asap daripada kenderaan yang melalui di lalu lintas jalan raya. Secara jelas kita dapat lihat bahawa ramai kini di era moden ini telah mula mengunakan kenderaan sendiri dengan adaya seorang memiliki sebuah kereta. Oleh itu pelepasan asap daripada kereta dan motor meningkat dan menyebabkan suasana sekeliling yang menjadi haba yang panas. Dan akibat daripada pembakaran terbuka yang berleluasa kini juga menjadi punca penting dalam menyebabakan jerebu kerana asap yang berlebihan ini mencemarkan suasana yang biasa.




 PENIPISAN LAPISAN OZON



       Penipisan lapisan ozon membawa kebimbangan kepada dunia kerana ia juga antara satu punca daripada pemanasan global yang meningkat kian. Antaranya Klorofluorokarbon (CFC) merupakan penyumbang utama kepada penipisan lapisan ozon. Gas CFC terkandung dalam alat-alat seperti penyaman udara, aerosol dan peti sejuk. Semasa CFC dibebaskan di atmosfera, klorin akan bertindak dengan ozon dan membebaskan oksigen. Akibatnya, lapisan ozon semakin nipis.Penipisan lapisan ini akan menyebabkan sinaran ultraungu sampai terus ke permukaan bumi.

KESAN RUMAH HIJAU
         Kesan rumah hijau adalah fenomena pemanasan bumi akibat banyak haba terperangkap dalam lapisan atmosfera dan menghalang pembalikan semula bahang dari bumi ke atmosfera. Haba dipantulkan semula ke bumi, atmosfera menyimpan lebih banyak haba dan bumi menjadi semakin panas. Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera.

 PULAU HABA BANDAR



        Pulau haba bandar merupakan fenomena atmosfera yang berkaitan dengan peningkatan suhu yang tinggi di dalam kawasan bandar berbanding kawasan sekitarnya. Kawasan bandar menjadi panas berbanding sekitarnya ia berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan sekitar.


HUJAN ASID
       Hujan asid merbahaya kepada kesihatan manusia terutamanya di kawasan perindustrian seperti Petaling Jaya, kilang membebaskan asap yang mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida. Tindak balas gas ini dengan wap air dalam udara membentuk asid nitrik dan asid sulfurik lemah. Apabila hujan, ia dikenali sebagai hujan asid. Hujan asid boleh memusnahkan tumbuh tumbuhan, merosakkan binaan, mencemarkan air dan mengancam hidupan air. Kesihatan manusia terjejas akibat kesan secara langsung hujan asid.


KEMARAU
        Kemarau menyebabkan tanah menjadi tandus dan gersang oleh kerana kegiatan manusia menebang hutan secara berleluasa akan mengurangkan kawasan tumbuh-tumbuhan. Kesannya, semakin kurang kelembapan dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan ke udara. Udara yang kurang lembap tidak akan membawa hujan dan kemarau pun berlaku.
      Apabila berlakunya faktor-faktor di atas secara tidak langsung telah menyebabkan berlakunya peningkatan suhu kepada bumi. Cuba lihat graf di bawah ini yang menunjukkan suhu bumi yang semakin meingkat dengan cepat dari tahun ke tahun.
      Trend kenaikan suhu membimbangkan kita terhadap isu pemanasan global

KESAN PEMANASAN GLOBAL
                   Bumi kini sedang mengalami “ demam panas” akibat pemanasan global yang turut membawa bersamanya iklim dunia yang semakin kucar- kacir. Bagi kebanyakan orang, perunahan iklim dan pemanasan global lebih banyak menggangu ekonomi berbanding dengan kesihatan diri. Walau bagaimanapun, kesan pemanasan global jauh lebih mendalam dan akan meninggalkan kesan kepada semua penduduk dunia. Mungkin juga ada antara kita yang melihat mereka yang terbunuh akibat bencana alam seperti taufan, banjir dan cuaca panas sebagai malang. Serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan perangkaan bahawa sejak tahun 2000 seramai 800,00 mangsa terbunuh akibat pencemaran udara setiap tahun di Asia Pasifik.
             Pemanasan global berpunca daripada pencemaran udara yang meningkatkan jumlah gas-gas karbon yang turut dikenali sebagai gas rumah hijau di dalam atmosfera bumi. Haba matahari yang pada kebiasaannya dapat dipantulkan ke permukaan bumi kembali ke angkasa lepas kemudiannya terperangkap dan menyebabkan suhu bumi semakin meningkat. Akibatnya, ais di kutub-kutub mula mencair dan meningkatkan paras air laut sehingga menenggelamkan sesetengah pulau kecil dan menghakis permukaan tanah besar. Peningkatan suhu juga akan menggalakkan pembiakan vektor seperti tikus, nyamuk,kutu dan pepijat. Penyebaran vektor seperti nyamuk menyebabkan penyakit seperti malaria, denggi dan demam kuning yang mula dicatatkan di Eropah dan kawasan yang dahulunya beriklim sejuk. Sementara itu, tikus juga dilihat dapat membiak dengan lebih mudah dalam cuaca panas dan lembab ini. Haiwan ini mampu menyebarkan penyakit Leptopirosis dan Legionellosis yang disebarkan melalui kuman yang ditinggalkan bersama urin atau najis tikus.
             Selain itu, suhu tinggi ini turut meninggalkan kesan pada aliran angin yang akan membawa kepada pembentukan lebih banyak ribut taufan serta hujan monsun yang lebih teruk teruk daripada biasa. Contoh terbaik mangsa perubahan cuaca dunia dapat dilihat dalam gelombang haba di Eropah yang menyebabkan angka kematian meningkat sejak tahun 2000. Gelombang ‘kepanasan’ ini telah menyebabkan suhu ketika musim panas dan musim sejuk di Eropah kini jauh lebih tinggi daripada kebiasaannya. Rakyat Malaysia mungkin dapat menyesuaikan diri dengan suhu yang tinggi dan panas terik memandangkan sudah biasa dengan iklim tropika bak kata pepatah 'alah bisa tegal biasa'.
          Walau bagaimanapun, penduduk yang biasa hidup dengan iklim sejuk mungkin tidak dapat menyesuaikan diri dan kini mencatatkan peningkatan kematian akibat strok haba. Strok haba akan menyebabkan kegagalan semua organ badan berfungsi, sama seperti yang berlaku kepada pesakit demam panas. Begitu juga dengan penyakit pneumonia atau radang paru-paru yang berpunca daripada penyebaran meluas bakteria yang menyerang paru-paru berikutan cuaca panas dan lembap serta beberapa faktor lain. Sesetengah kawasan turut berhadapan dengan masalah dehidrasi yang teruk berikutan kemarau panjang yang berpunca daripada gelombang panas dan peningkatan paras air laut yang mencemari sumber air tawar dengan air masin dari laut.  

                    Ketika banjir, tahap kebersihan amat sukar untuk dijaga terutama kebersihan air. Kesukaran untuk mendapatkan bekalan air bersih akan mendedahkan orang rami kepada air yang dicemari pelbagai jenis kuman. Kesihatan diri sudah pasti akan terancam jika air tercemar digunakan segai air minuman, memasak, membasuh atau membersihkan diri. Bilangan kes cirit-birit , disentri dan pelbagai penyakit bawaan air dilihat meningkat dengan mendadak ketika musim banjir. Situasi ini diburukkan lagi dengan peningkatan kes bawaan nyamuk akibat pembiakan nyamuk di dalam tompokan air bertakung yang ditinggalkan arus banjir. Takungan air ini menjadi tempat strategik untuk kuman yang pantas membiak kerana mendapat bekalan makanan yang cukup dari tumbuhan dan bangkai haiwan yang mereput.
        Masalah ini juga memberi kesan yang buruk kepada mereka yang gemar bersenam dan beriadah di luar. Hal ini demikian kerana gas rumah hijau seperti karbon monoksida kini semakin banyak dalam udara terutamanya di kawasan bandar dan kawasan yang mempunyai bilangan kenderaan yang banyak. Apabila gas ini disedut terlalu banyak, ketika bersenam atau beriadah, menyebabkan kandungan oksigen darah jatuh mendadak dan kandungan gas karbon monoksida yang banyak boleh memberi kesan kepada badan dan jantung.



CARA MENGATASI PEMANASAN GLOBAL
Membatasi emisi CO2
Teknik yang efektif untuk membatasi emisi karbon ada dua yakni mengganti tenaga minyak dengan sumber tenaga lainya yang tidak menemisikan karbon dan yang kedua penggunaan tenaga minyak sehemmat mungkin. Energi alternatif yang dapat digunakan diantaranya angin, sinar matahari, tenaga nuklier, dan panas bumi. Kincir angin dapat merubah tenaga angin menjadi tenaga listrik. Sinar matahari juga dapat diubah menjadi tenaga listrik atau sumber panas yang biasa dimanfaatkan seperti pemanas air dan kompor matahari.
tenaga panas bumi biasa dimaanfaatkan untuk pembangkit tenaga listrik. sumber tenaga alternatif memang lebih mahal dibanding tenaga minyak namun penelitian lebih lanjut akan membantu untuk lebih menekan biaya. 


Penggunan minyak bumi secara efisien
         Emisi CO2 dapat dikurangi jika mobil-mobil nisa hemat bahan bakar. para ilmuwan dan insinyur telah bekerja untuk menciptakan mesin yang hemat bahan bakar. Penemuan-penemuan telah mengembangkan alat untuk menggantikan mesin pembakaran atau mesin yang lebih kecil. sebuah mobil dengan tenaga bateri listrik telah memasuki pasar, tetapi masih dilengkapi dengan mesin kecil berbahan bakar minyak. bahan bakar sel yakni sebuah alat yang mampu merubah energi kimia menjadi energi listrik biasa dikembangkan untuk mobil-mobil di masa depan. menyembunyikan karbon dapat dilakukan dengan cara iaitu: 

1-Di bawah tanah atau penyimpanan air tanah
        Bawah tanah atau air bawah tanah biasa digunakan untuk menyuntikkan emisi CO2 ke dalam lapisan bumi atau ke dalam lautan. Lapisan bumi yang dapat digunakan adalah penyimpanan alami minyak dan gas bumi di tambang-tambang minyak. Dengan memompakan CO2 ke dalam tempat-tempat penyimpanan minyak di perut bumi akan membantu mempermudah pengambilan minyak atau gas yang masih tersisa. Hal ini biasa menutupi biaya penyembunyian karbon. Lapisan garam dan batubara yang dalam juga bisa menyembunyikan karbon dioksida. Lautan juga dapat menyimpan banyak karbon dioksida, tetapi para ilmuwan belum dapat menetapkan pengaruhnya terhadap linkungan hidup di dalam laut.  

  
2- Penyimpanan di dalam tanaman hidup
Tumbuhan hijau menyerap Co2 dari udara untuk tumbuh. Kombinasi karbon dari CO2 dengan hidrogen diperlukan untuk membentuk gula sederhana yang disimpan di dalam jaringan. Setelah tanaman mati maka tubuhnya akan terurai dan melepaskan CO2. Ekosistem dengan tumbuh-tumbuhan yang berlimpah seperti hutan atau perkebunan dapat menahan lebih banyak karbon, tetapi generasi manusia yang akan datang harus tetap menjaga ekosistem agar tetap utuh, jika tidak maka karbon yang disimpan dalam tanaman akan lepas kembali ke atmosfera.

KESIMPULAN
       Tanggungjawab memulihara alam sekitar perlu dipikul oleh semua penduduk dunia dan tidak sepatutnya dibiarkan kepada kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan dunia semata-mata bak kata pepatah 'yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul'. Rakyat turut memainkan peranan penting dengan mengambil berat akan kesejahteraan sejagat dan tidak hanya mementingkan kemajuan sendiri tanpa mengambil kira akibat kerakusan mengejar kekayaan dunia kerana 'sikap tamak membawa kerugian'. Marilah kita sama-sama menginsafi diri kerana hanya bumi ini sajalah tempat tinggal kita. Tiada lagi planet lain yang boleh kita jadikan ganti selain bumi. Hargailah pemberian tuhan yang maha esa yang paling bermakna ini. Janganlah kita cemarinya lagi dan jangan sampai anak cucu kita menyalahkan kita disebabkan kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini. Walaupun hanya dengan sumbangan kecil seperti tidak membuat pembakaran terbuka dan mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor oleh sebanyak mungkin individu, setidak-tidaknya kita dapat membantu mengawal pemanasan global. Sayangi dan cintailah bumi kita demi kesejahteraan dan keharmonian kehidupan generasi akan datang.
.

No comments:

Post a Comment