Pengembaraan ini bermula pada 24-09-2009
hingga 25-09-2009 iaitu semasa saya berada di tingkatan enam oleh itu kami
sekelas bersama guru mengembara Cameron highland selama 2 hari. Setelah kami beredar
menaiki bas persiaran dari sekolah kami berhenti diperhentian Ipoh untuk
berehat seketika dalam jam kira-kira pukul 4.00 petang. Selepas itu kami semua menaiki bas dan meneruskan
perjalanan ke Bukit Cameroh Higland yang terletak di Pahang. Antaranya aktiviti
pertama kami merupakan bersinggah di kuil yang terletak di Cameron untuk
bersembahyang agar memogakan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan STPM yang akan diduduki tidak lama lagi. Selepas kami sampai di kuil itu kami
mengambil barangan keperluan kami dan turun dari bas berjalan menuju kearah
kuil. Kedatangan kami disambut dengan mesra oleh pihak persatuan kuil itu.
Selepas sampai di sana kami pergi mandi dahulu sebelum sembahyang di kuil
tersebut. Selepas itu kami semua pergi sembahyang dan makan di ashramam
tersebut yang disediakan oleh pihak persatuan kuil tersebut. Selepas itu kami
semua bermalam di kuil tersebut. Dengan mengalaskan beg baju sebagai bantal
untuk sehari tersebut.
Jam menunjukkan pukul 5.30 pagi ….kami semua dibangunkan oleh cikgu kami yang bernama Puan Vigneswari dan masing-masing bangun dan pergi mandi untuk beredar dari kuil tersebut untuk sampai ke Tanah Rata Cameron highland dalam masa yang tercepat. Selepas semua selesai mandi dan sembahyang kami beredar dari kuil tersebut. Dalam masa 2 jam kami sampai di tanah rata yang sejuk diantara pukul 7.50 pagi. Pertama selepas sampai di situ kami pergi bersarapan dahalu bersama kawan-kawan dan cikgu di sebuah restoren di Cameron highland yang bernama Cameron Food Corner. Selepas selesai makan kami menaiki bas dan sampai di taman ros yang terbesar di Cameron Highland. Disana kami dapat meluangkan masa selama 2 jam tetapi kami tidak dapat melihat habis pelbagai jenis bunga ros.
Kami
setelah selesai melihat pelbagai jenis bunga kami saya juga berminat untuk
membeli sepasu bunga ros Cameron yang harganya murah dan memilih warna bunga
tersebut mengikut cita rasa tersendiri. Selepas membeli sedikit cenderamata di
taman bunga tersebut kemudian kami diarahkan oleh cikgu kami dengan memberitahu
bahawa masa tamat dan dikhendaki untuk menaiki bas untuk pergi ke taman sarang
lebah yang berada sejauh 4 kilometer dari situ. Selepas menaiki bas kami
memastikan bahawa rakan-rakan kami semua sudah menaiki bas ataupun belum.
Selepas bas penuh kami beredar menuju ke taman sarang lebah……
Setelah kami sampai di taman lebah kami
memasuki taman lebah yang mempunyai beberapa jenis spiesis lebah yang tidak
mengancam kepada orang yang dikunjungi. Oleh kami semua memberanikan diri dan
berjalan menuju sarang-sarang lebah tersebut. Kami mendapat tahu bahawa
beratus ribu lebah yang ditempatkan disitu. Mereka berkerjasama antara
satu sama lain dalam mengumpul madu daripada bunga-bunga yang terdapat dalam
taman tersebut. Dan terdapat juga sarang-sarang lebah yang terletak di dalam
peti yang tertutup yang hanya boleh dibuka oleh pekerja yang kerja di taman
tersebut. Setelah selesai melawat tempat
tersebut kemudian kami beredar menaiki bas kecil untuk berkunjung ke Sungai
Palas iaitu Bukit Teh. Kami menaiki bas kecil yang memuatkan 30 orang penumpang
ke bukit tersebut. Memang seronok sekali semasa melihat pemandangan di bawah
bukit yang kelihatan keci seumpama semut.
Kami semua dibawa pergi untuk makan di sebuah
kedai makan yang menjual pelbagai jenis juadah yang enak dan sedap. Kami
mengambil masa makan tengah hari kami disitu dan berehat seketika sebelum
beredar ke Bukit Teh. Selepas kami sampai di bukit tersebut kami diberi 1 jam
untuk mengelilingi bukit teh itu dengan berjalan kaki. Oleh itu kami mengambil
kesempatan tersebut untuk mengambil foto dan menyentuh helaian daun teh yang
menjadi serbuk teh yang sedap rasanya. Selepas menaiki bukit teh dan
mengelilinginya kami semua berasa penat oleh itu kami bersinggah di Tea Centre
Sungai Palas untuk meminum teh dan membeli bungkusan teh untuk dibawa balik ke
rumah.kerana kami dimaklumkan bahawa harga disitu murah dan produknya masih
baru dan segar. Selepas kami habis membeli kami dibawa ke kilang memproses
serbuk teh yang berada hampir dengan Tea Centre Sungai Palas di situ kami
dijelaskan segala jenis proses yang dijalankan untuk menghasilkan serbuk teh
oleh pekerja disitu. Selepas mencatat segala jenis proses kami memberi
kesempatan untuk mengambil gambar memproses hasilan serbuk teh dan kilang
tersebut.
Setelah siap melawati Bukit Teh Sungai Palas kami beredar dari situ pukul 5.00 petang menaiki bas menuju ke air terjun yang berada di Cameron highland. Selepas sampai di air terjun tersebut kami disuruh untuk mencuci kaki atau muka sahaja kerana cikgu kami dilarang sama sekali untuk kami mandi kerana kami harus bertolak dari Cameron highland menuju ke sekolah sebelum pukul 11 malam. Oleh itu kami hanya mengambil gambar dan menikmati suasana air terjun yang aman dan sejuk itu. Selepas kami selesai mengambil gambar dan menikmati kecantikan semula jadi yang unik tersebut kami singgah di gerai-gerai berhampiran untuk membeli sedikit cenderamata untuk dibeli dan dibawa balik sebagai kenangan manis. Saya membeli pelbagai barang sayur, jagung, strawberi dan lain-lain lagi untuk dibawa balik ke rumah saya.
Setelah selesai membeli kami menaiki bas persiaran yang dinaiki dengan memastikan bahawa semua rakan sudah menaiki dan berpatah balik ke destinasi masing-masing dengan hati yang gembira. Kerana telah berkunjung ke banyak tempat yang menjadi destinasi pelancongan terkenal di Malaysia. Dan setelah sampai di perhentian Ipoh kami berehat ketika untuk makan.Setelah selesai makan kami pun kembali pulang ke destinasi masing-masing.....
..selamat tinggal Cameron Highland …
No comments:
Post a Comment