Friday, 27 April 2012

PANDUAN MENGURANGKAN BERAT BADAN

           Jika dilihat pada era moden ini kebanyakan orang menghadapi masalah berat badan yang tiggi oleh itu panduan ini akan menolong anda untuk mengurangkan berat badan anda dengan efektif. Keazaman anda bersama maklumat ini akan memberi kejayaan antara yang pertama sebagai tindakan awal anda mengetahuidan sedar mengenai bahaya dan punca kegemukan. Apakah yang dimaksudkan dengan berat badan yang unggul atau sesuai serta faedahnya. Berat badan yang unggul, berat badan berlebihan dan kegemukan (obesiti). Beart badan yang unggul ialah berat badan yang sesuai mengikut ketinggian tubuh. Ia boleh diukur dengan menggunakan indeks jisim tubuh (IJT) dan juga nisbah pinggang-pinggul (NPP) beart badan berlebihan dan kegemukkan (obesiti) adalah satu keadaan di mana berat badan melebihi berat badan unggul. Ini disebabkan oleh pengumpulan lemak badan yang berlebihan ini akan merisikokan kepada penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit sendi dan gangguan pernafasan.

                Oleh itu untuk menghindari daripada kita menghidap penyakit sebegitu kesan dari berat badan terdapat beberapa panduan untuk mengurangkan berat badan antaranya, perlu hindari lemak dan kurangkan karbohidrat iaitu asupan karbohidrat tetap diperlukan meskipun sedang menjalani program menurunkan berat badan, jadi jangan anda hilangkan asupan karbohidrat ini. Makanlah dengan jumlah karbohidrat yang kurang kerana ia dapat menurunkan berat badan anda yang berlebihan.

                  Yang seterusnya perlu kurangkan gula dan minuman seharian anda iaitu soft drink mengandungi gula yang tinggi, berhentilah mengkonsumi soft drink. Selalu biasakan mengkonsumsi air mineral jika anda sedang berada di luar. Jika anda ingin minum teh manis, sesekali tidak apa minumlah air putih minimum 8 gelas per hari untuk program menurunkan berat badan yang Berjaya. Panduan seterusnya makanlah minimum 3 kali sehari untuk diet menurunkan berat badan yang efektif. Kerana jangan mengurangi frekuensi makan anda menjadi 2 kali sehari kerana justeru akan memperlambatkan metabolism oleh itu tetaplah makan minimum 3 kali sehari, dengan tentu sahaja porsi yang sedikit. Melewatkan makan utama merupakan kesalahan dalam diet.

                          Panduan keempat ialah makanlah paling akhir 3 jam sebelum tidur kerana makan mendekati jam tidur anda akan menyebabkan makanan yang anda makan tidak sempat diubah menjadi energi untuk aktifitas. Kerana akibatnya penumpukan lemak anda akan bertambah dan akan menyebabkan pengumpulan lemak. Serta latihan kardio seperti (lari, renang, threadmill dan aerobik) sangat efektif untuk membakar lemak, lakukan olahraga ini secara rutin tiap hari kerana olahraga mempunyai banyak manfaat bagi kesihatan. Panduan keenam anda dikhendaki kurangkan makanan gorengan dan gantilah dengan makanan rebus jangan melupakan bahawa ikan bakar dan ayam bakar kerana kadang-kadang diolesin minyak, jadi tetap hindari juga makanan ini. Dan selalu istirehat secukupnya kerana waktu istirehat yang baik adalah 6-8 jam sehari. Jangan lebih dari 8 jam per hari, pernah ada penelitian yang menyebutkan bahawa tidur berlebihan meningkatkan risiko kematian.

         Panduan kelapan ialah pagi hari yang indah unyuk berlatih oleh itu jika terdapat masa jangan lupa untuk berlatih atau bersenam. Berlatih pada pagi hari akan lebih efektif, kerana perut anda sudak kosong dan tentunya pembakaran yang utama akan mengambil lemak anda. Dan selalu memilih jalan kaki daripada escalator kerana olahraga kecil ini akan bermanfaat untuk menurunkan berat badan anda jika anda lakukan tiap hari.

              Dengan ini kita dapat lihat kita perlu mengambil makanan yang seimbang dengan banyak sertakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang membekalkan tenaga dan kehidupan yang sihat. Amalkan melakukan senaman jika terdapat masa pada hari minggu kerana ia mampu memberi kesan yang baik terhadap masalah berat badan yang dihadapi oleh kebanyakan orang. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahanya “ tepuk dada tanya selera”.



.

No comments:

Post a Comment